“Dah Cantik, Tak Perlu Balas Apa-Apa,” Pengikut Zahirah Macwilson Bertambah Gara-Gara Isu ‘Bibik’

Gara-gara isu disamakan seperti bibik oleh seorang pelakon wanita, aktres Zahirah Macwilson dilihat semakin bertambah jumlah pengikutnya di Instagram.

“dah cantik, tak perlu balas apa-apa,” pengikut zahirah macwilson bertambah gara-gara isu ‘bibik’

Malah, akaun media sosial pemilik nama sebenar Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, juga dibanjiri dengan komen netizen yang dilihat mempertahankan kecantikkan dimilikinya.

“dah cantik, tak perlu balas apa-apa,” pengikut zahirah macwilson bertambah gara-gara isu ‘bibik’

Sehingga artikel ini ditulis, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Ridza, masih berdiam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap aktres, Fatiya Latif, yang telah melemparkan pelbagai dakwaan menerusi siaran langsungnya, termasuk melabel wajah Zahirah seperti bibik.

 

“Zahirah sudah cukup cantik, tak perlu balas apa-apa.”

“Zahirah dan Aiman jangan beri sebarang respons terhadap wanita itu. Biarkan dia membebel seorang diri mengutuk orang.”

“Dia (Fatiya) mungkin sakit dan pastinya Aiman telah buat pilihan yang tepat (mengahwini Zahirah),” demikian antara komen netizen.

 

Hasil tinjauan juga mendapati, jumlah pengikut Instagram Zahirah bertambah dari 2.4 juta kepada 2.9 juta dalam tempoh kurang 24 jam.

 

Sumber: Kosmo!