Anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania baru-baru ini menjadi perhatian ramai gara-gara isu berkahwin dengan dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama.
Menurut pemerhatian, jumlah pengikut Marissa, 19, meningkat kepada 586 ribu, berbanding hanya sekitar 563 ribu sebelum ini.
Sejak Rabu lalu, nama Marissa Dania menjadi sebutan ramai selepas dia dikatakan bernikah dengan seorang lelaki bernama Ahmad Aslam, tanpa pengetahuan isteri pertama.
Disebabkan itu, warganet dilihat menyerang ruang komen media sosial milik Marissa, sebelum pempengaruh ini menutup ruang komennya di Instagram.
Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi berkenaan reda.
Namun pada November 2023, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah itu.
Sumber: Kosmo! / Instagram