Penduduk Subang Kini Dilarang Tanam Pokok Buah, Sayur Luar Rumah

Penduduk di Subang yang ingin meletakkan tanaman pasu atau menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di luar kediaman mereka kini perlu mendapatkan kebenaran secara kolektif dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

penduduk subang kini dilarang tanam pokok buah, sayur luar rumah

Menurut MBSJ dalam satu kenyataan, ia tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Taman (MPSJ) 2007, yang mana melarang penduduk menggali tanah atau memindahkan kawasan berumput yang berada dibawah penguatkuasaan MBSJ.

 

"MBSJ mempunyai polisi tersendiri untuk penanaman pokok terkawal dan pengindahan landskap,"

"Polisi ini terpakai pada ruangan terbuka, kawasan hijau dan zon penyangga di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Taman (MPSJ) 2007," kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Korporat dan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid.

penduduk subang kini dilarang tanam pokok buah, sayur luar rumah

Undang-undang ini juga bertujuan untuk mewujudkan lingkungan hidup yang hijau, sihat dan selesa.

 

"Penanaman pokok yang tidak terkawal dapat menyebabkan pokok tumbuh dengan tidak kemas dan tidak mempunyai kepentingan, keseragaman atau keharmonian landskap."

"Malah, menempatkan pasu bunga secara merata berpotensi menjadi habitat nyamuk Aedes.

"Penanaman pohon buah juga menarik kehadiran nyamuk dan semut yang telah menjadi keluhan ramai penduduk."

 

MBSJ juga sudah memberikan notis lisan kepada pemilik kediaman untuk membersihkan tanaman yang tumbuh di tanah majlis, sebelum membuat sebarang tindakan susulan.

penduduk subang kini dilarang tanam pokok buah, sayur luar rumah

Penduduk juga sudah diarahkan untuk membuang tanaman pasu mereka dari halaman depan dan jemuran serta pasu bunga dari belakang rumah mereka.

 

MBSJ berkata, satu-satunya pokok yang dibenarkan di kawasan di luar rumah penduduk adalah pokok yang ditanam oleh pemaju, MBSJ, dan MPP dengan kerjasama Majlis.

 

Majlis sebaliknya menyeru penduduk yang ingin melakukan usaha berkebun dengan pergi ke 65 kebun komuniti yang telah didirikannya di bandar.

 

Sumber: Malay Mail