Penampilan Masya Masyitah Sekali Lagi Undang Kecaman Netizen

Penyanyi, Masya Masyitah sekali lagi menerima kecaman netizen selepas dilihat menggayakan seluar pendek yang dipadankan dengan legging ketat berwarna putih.

penampilan masya masyitah sekali lagi undang kecaman netizen

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff ini difahamkan sedang bercuti di Jepun, sambil berkongsi beberapa foto yang disifatkan warganet sebagai tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

penampilan masya masyitah sekali lagi undang kecaman netizen

“Pergi melihat semua keindahan di dunia,” antara petikan pada ruangan kapsyen penyanyi berusia 23 tahun ini.

 

 

Meskipun ramai warganet tampil memberi kecaman serta nasihat mengenai penampilan beliau, ada juga yang dilihat optimistik dengan tidak melulu meninggalkan komen.

 

Terdahulu, Masya Masyitah sebelum ini pernah beberapa kali dikecam netizen gara-gara pemakaian yang dianggap pelik serta tidak sesuai untuk imej sebagai seorang wanita bertudung.

penampilan masya masyitah sekali lagi undang kecaman netizen

 

Sumber: Instagram