Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai lalu.
Sejak dari itu, pasangan ini tidak berkongsikan wajah anak lelaki mereka itu kepada umum, sehinggalah buat pertama kalinya ia ditunjukkan kepada umum, baru-baru ini menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran itu, Remy menitipkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Tuah Alam.
“Thank you, aunties uncle, acik-acik sudi tonton #ohbabyremy 1st episode tadi, kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah & Bonda 😚. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” ujar Remy.
Menerusi hantaran komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan juga menitipkan doa, malah turut memuji kecomelan wajah Tuah Alam yang dikatakan mirip wajah Remy.
Terdahulu, Remy Ishak dan Ezza Yusof selamat mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2021, selepas tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata pertama pada jam 11.17 pagi disebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram