Peminat Indonesia Ini Teruja Lihat Rumah Tokti Walaupun Dari Luar

Seorang peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dikatakan berada dihadapan kediaman penyanyi itu.

peminat indonesia ini teruja lihat rumah tokti walaupun dari luar

Menerusi sebuah video di Tiktok, lelaki bernama Bukhoy kelihatan teruja kerana dapat menjejakkan kaki di hadapan kediaman dipercayai milik Tokti.

peminat indonesia ini teruja lihat rumah tokti walaupun dari luar

“Serius, ini rumah Siti Nurhaliza?

"Saya sangat gembira. Selepas sekian lama dalam usia saya, kali ini, saya dapat lihat rumahnya. Indonesia, ini rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza," demikian menurut lelaki itu.

 

Tidak hanya itu, Bukhoy turut menyanyikan lagu popular Siti berjudul Purnama Merindu.

 

@mgpapapika @SitiZone @Siti Nurhaliza , tengok ni Pelawat dari #indonesia happy sangat lalu rumah Penyanyi kegemaran dia. @bukhoy #tiktokmalaysia #inspirasiraya2023 @Cami 🐻 ♬ Dj Gamm Gamm Piri Slow - DJ BAHBUS

 

 

@syahmikuacik Replying to @bukhoy ♬ original sound - Cami 🐻

 

Dalam video berbeza, Siti pernah berkongsi cerita ada terdengar jeritan individu yang melintasi kediamannya yang dapat didengari dari dalam rumah.

 

"Saya tahu, ramai orang lalu depan rumah saya dan jerit, 'Siti! Siti!'. Rumah saya di depan (jalan), memang terdengarlah siapa yang jerit.

"Kadang, saya jerit balik, 'Ya!'. Tak tahulah mereka boleh dengar atau tidak. Tapi, memang biasa saya dengar orang jerit.

"Budak-budak motor ke, kadang-kadang budak balik balik sekolah, panggil 'Mat Iti!', 'Tok Ti!'," katanya.

Sumber: Tiktok