Peminat Terhibur Dengar Meerqeen Cakap Korea, "Handsomenya Oppa.." [Video]

Pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen mempunyai kumpulan peminat yang cukup besar.

 

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di Instagram @alesya_ariana_balqis menunjukkan Meerqeen kelihatan segak dengan blazer hitam serta make up seakan-akan selebriti dari Korea.

peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]

Video pendek itu menunjukkan Meerqeen berjalan sambil bercakap menggunakan bahasa Korea.

peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]

"Handsomenya dah macam Oppa Lee Min Ho," tulis penerangan pada kapsyen.

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memuji penampilan Meerqeen dan terhibur dengan gelagat pelakon kacak itu apabila bercakap dengan menggunakan bahasa Korea.

peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]

Sumber: Instagram