Selepas beberapa kali dilihat melakukan video bersama dan kelihatan mesra, peminat dan netizen mula mengesyaki pelakon sensasi, Anna Jobling dan Amir Ahnaf kini sedang hangat bercinta.
Menerusi satu hantaran terbaharu di Tiktok, Amir dilihat menggelar Anna dengan panggilan ‘Tomey’, atau comel, sekaligus menunjukkan kedua-duanya mesra sebagai pasangan.
Video itu juga menunjukkan mereka menggunakan lagu yang trending di Tiktok yang biasanya digunakan oleh pasangan sedang bercinta.
Mendapat jumlah tontonan melebihi 1.2 juta dengan lebih 100 ribu tanda suka, ribuan warganet dilihat tampil membuat pelbagai hantaran komen.
Rata-rata peminat memuji dan menyukai gandingan Anna dan Amir sebagai pasangan yang sangat serasi.
Sumber: Tiktok