Peminat Sokong Keputusan Hairul Azreen Bersara Dari Berlakon, “Allah Dah Bagi Macam-Macam..”

Selepas 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Hairul Azreen mengejutkan ramai apabila mengumumkan untuk bersara.

peminat sokong keputusan hairul azreen bersara dari berlakon, “allah dah bagi macam-macam..”

Pengumuman dibuat beliau ketika menjadi artis jemputan dalam segmen 3 Pagi ERA, semalam.

 

Ujarnya, filem Malbatt: Misi Bakara yang bakal ditayangkan 24 Ogos depan merupakan kemunculan terakhirnya dalam dunia lakonan.

peminat sokong keputusan hairul azreen bersara dari berlakon, “allah dah bagi macam-macam..”

Keputusan untuk bersara itu dibuat beliau setelah memikirkan banyak nikmat Tuhan diberikan kepadanya selama ini, selain beliau mahu memberi fokus terhadap keluarga, terutamanya anak-anak yang semakin membesar.

peminat sokong keputusan hairul azreen bersara dari berlakon, “allah dah bagi macam-macam..”

“Allah dah bagi saya macam-macam melainkan saya menjadi manusia yang tak bersyukur.

“Saya dah buat belakang tabir, jadi stunt man, pelakon extra, investor filem, pengarah, produser semua benda saya dah lalui.

“Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt.

“Saya akan aktif di media sosial, cuma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan bersama ibu bapa dan anak-anak.

“Bila saya berlakon saya akan foku dengan satu watak, buat badan selama enam bulan sehinggakan tak sedar anak-anak membesar tanpa saya sedari,” katanya.

 

 

Pengumuman yang dibuat itu nyata mendapat sokongan dan kata-kata positif peminat serta warganet.

peminat sokong keputusan hairul azreen bersara dari berlakon, “allah dah bagi macam-macam..”

Filem MALBATT: Misi Bakara bakal ditayangkan 24 Ogos depan, membariskan pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly, Nafiez Zaidi, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazi, Gambit Saifullah dan Iedil Zuhrie.

 

Sumber: Instagram ERA