Peminat Pakat Serbu Ruang Komen ‘Kapla High Council’, “Mata Dia Lawa..”

Projek: High Council ialah sebuah siri drama arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria yang berkisahkan alam persekolahan sekolah berasrama penuh lelaki.

peminat pakat serbu ruang komen ‘kapla high council’, “mata dia lawa..”

Sejak ia mula ditayangkan di Astro Ria pada 14 Januari lalu, rata-rata penonton menyambut baik jalan cerita yang ditonjolkan malah memuji lakonan para pelakonnya.

Antara pelakon yang menjadi tumpuan dalam drama ini sudah semestinya ‘Kapla’ High Council itu sendiri iaitu Kahar, lakonan Amir Ahnaf.

peminat pakat serbu ruang komen ‘kapla high council’, “mata dia lawa..”

Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin, 22, merupakan salah seorang peserta Hero Remaja 2021 yang berasal dari Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan dari UPSI dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan, namanya semakin dikenali selepas drama High Council ini hangat diperkatakan ramai.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

 

 

@amir.ahnaff

if i was your boyfriend,

♬ original sound - ⊹ ◡̎ ♡

 

Menjengah ke ruangan komen media sosial milik beliau, rata-rata peminat khususnya wanita seakan ‘tak senang duduk’ melihat aksi bersahaja beliau, termasuklah memuji matanya yang memukau.

 

@amir.ahnaff If you were mine you would top everything! #ProjekHighCouncil ♬ Dont by Bryson Tiller - Tana 🧛🏾‍♀️

peminat pakat serbu ruang komen ‘kapla high council’, “mata dia lawa..”

Terdahulu, Amir memulakan kariernya sebagai pelakon dalam membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Pheobe yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022.

 

Sumber: Tiktok / Instagram