Peminat Risau Keselamatan Fatin Afeefa Lepas Buat Content Selongkar Beg Tangan

Baru-baru ini, pelakon Fatin Affefa telah terlibat dalam satu video yang memeriksa apa yang ada dalam beg tangannya.

peminat risau keselamatan fatin afeefa lepas buat content selongkar beg tangan

Menerusi video tersebut, beliau diminta untuk menunjukkan barangan dalam beg tangan dibawa olehnya.

 

Antara yang menjadi perhatian warganet adalah kepingan duit kertas RM50 yang diikat dengan getah, namun tidak pula diketahui jumlahnya.

peminat risau keselamatan fatin afeefa lepas buat content selongkar beg tangan

Bagaimanapun, warganet khususnya para peminat Fatin sendiri berasa bimbang dengan keselamatan diri pelakon itu.

 

Menurut mereka, apa yang ditunjukkan Fatin menerusi video berkenaan boleh mendedahkan beliau kepada ancaman penjenayah, khasnya apabila berada di tempat awam.

 

 

peminat risau keselamatan fatin afeefa lepas buat content selongkar beg tangan

Selain wang kertas RM50 yang diikat dengan getah, Fatin turut menunjukkan cincin perkahwinan dan jam tangan yang dipakai.

peminat risau keselamatan fatin afeefa lepas buat content selongkar beg tangan

Beliau turut berseloroh untuk menggunakan Google jika peminat ingin mengetahui harga jam berkenaan.

 

“Harga cincin bermula dengan dua, jam boleh Google, jangan rompak saya,” katanya.

 

Sumber: Instagram