Ramai Gadis ‘Rela’ Lemas Bila Tahu Nadhir Nasar Pandai Berenang

Pelakon, Nadhir Nasar, 27, sering menjadi perhatian menerusi pelbagai watak yang dibawa olehnya dalam setiap lakonan.

ramai gadis ‘rela’ lemas bila tahu nadhir nasar pandai berenang

Terbaharu, Nadhir telah berkongsi sedikit info berkenaan dirinya di laman sosial X apabila memaklumkan yang dia gemar memakan nasi kandar, minum teh ais dan juga pandai berenang.

 

“Nadhir, 27, kuat makan nasi kandar, peminat teh ais, pandai berenang,” tulis Nadhir berserta satu foto dirinya.

ramai gadis ‘rela’ lemas bila tahu nadhir nasar pandai berenang

Posting terbaharu itu dibuat mengikut trend yang dilakukan pengguna X yang lain apabila memberitahu info berkenaan diri secara ringkas di media sosial terbabit.

 

Ciapan itu nyata mencuri perhatian ramai warganet, terutamanya peminat wanita.

 

 

Pelbagai gurauan dibuat peminat menerusi ruang tersebut, termasuk ada yang ‘rela’ lemas demi diselamatkan pelakon terbabit.

ramai gadis ‘rela’ lemas bila tahu nadhir nasar pandai berenang

Komen yang diajukan sekadar gurauan dan hantaran itu sehingga kini memperoleh lebih 6 juta view di X.

 

Sumber: X NadhirNasar