Peminat Nampak Baby Bump, Ini Jawapan Uqasha Senrose, “Kita Semua Nak Zuriat..”

Baru-baru ini, timbul dakwaan isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu Uqasha Senrose, 31, sedang hamil apabila ada peminat yang terlihat bentuk baby bump dalam beberapa video live Tiktok aktress itu.

peminat nampak baby bump, ini jawapan uqasha senrose, “kita semua nak zuriat..”

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen bagaimanapun hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

 

“Sebenarnya soalan ini paling banyak saya dapat dan malas nak jawab. Betulkah saya hamil?

“Doa dan minta yang baik-baik sahaja. Kita semua nak zuriat,” katanya ketika menjawab soalan yang diterima daripada netizen dalam Instagram semalam.

 

Tambah Uqasha lagi, beliau juga akan memaklumkan kepada semua pihak sekiranya Tuhan mengurniakan zuriat satu hari nanti.

peminat nampak baby bump, ini jawapan uqasha senrose, “kita semua nak zuriat..”

“Nanti sampai masanya ada dan Allah beri, kita tak beritahu pun orang akan nampak.

“Tak perlu tanya banyak kalilah ya,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Uqasha mendedahkan beliau pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada awal 2022 dan sekitar November pada tahun yang sama.

 

Sumber: Instagram