Penyanyi, Hael Husaini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas hadir ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi ini membuat penampilan memukau dengan wajahnya yang kelihatan kacak, membuat ia menjadi bualan ramai khususnya para peminat.
Bukan sahaja gaya pemakaian Hael menjadi bualan, malah rambut baru Hael yang dipanggil sebagai mullet itu disamping jawline yang tajam, turut menyerlahkan lagi sisi kacaknya penyanyi lelaki ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kekacakan Hael, sambil meminta agar beliau tidak memotong rambutnya dan membiarkan sahaja ia panjang.
Terdahulu, Hael pernah disamakan dengan wajah anggota kumpulan BTS iaitu V serta juga pelakon dan penyanyi Korea, Cha Eun Woo.
Sumber: Instagram Hael Husaini