Peminat Kagum Lihat Meerqeen Mampu Beli Kereta Pada Usia Baru 22 Tahun

Meerqeen, seorang pelakon muda yang semakin popular baru-baru ini sekali lagi mencipta kejayaan apabila beliau berjaya membeli sebuah kereta berjenama Triton. Kejayaan ini tidak hanya memikat perhatian peminatnya, tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai peminat dan pengikutnya.

peminat kagum lihat meerqeen mampu beli kereta pada usia baru 22 tahun

Menerusi perkongsian suami kepada pelakon jelita Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki, beliau telah memuat naik gambar bersama Meerqeen semasa membuat urusan pembelian kereta tersebut.

peminat kagum lihat meerqeen mampu beli kereta pada usia baru 22 tahun

Tidak hanya itu, Hanif turut memuji keperibadian Meerqeen yang dikatakan sangat sopan dan menghormati orang. Kelebihan keperibadian ini amat penting dalam bidang seni dan turut menjadi faktor penting dalam mencapai kejayaan khasnya dalam industri hiburan.

 

“Gembira melakukan business dengan Meerqeen. Sopan dan pandai hormat orang,” kata Hanif.

 

@hanif_zakii Had a pleasure doing business with @Meerqeen . Indeed, sopan dan pandai hormat org. Thanks for buying with us the best Mitsubishi Dealer in Malaysia. @EON Auto Mart Ampang #Mitsubishi #Triton ♬ DUKA SEBALIK TAWA - PUTERI KHAREEZA

 

Pelbagai pencapaian Meerqeen sejak beliau memulakan kerjaya seni pada usia yang muda turut memberi inspirasi kepada ramai peminatnya. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan satu inspirasi dan motivasi kepada generasi muda untuk terus berusaha dan berjuang dalam mencapai cita-cita mereka.

 

“Meerqeen ini umur baru 22 tahun tapi dah jutawan. Nama dah international. Sikit hari nanti dapat title Dato. Rupa pun dah ada.

“Meerqeen ini memang another level. Parents dia pun bagus penuh dengan kasih dan sayang sebab itu anak-anak beradab.

“Bagusnya suka orang muda yang sopan hormat orang. Tahniah Meerqeen,” demikian antara komen netizen.

 

Sumber: Tiktok