Pamer Aksi Bertarung, Ada Peminat Rela Ditumbuk Elizabeth Tan

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan baru-baru ini telah berkongsi video sedang melakukan aksi pertarungan bersama seorang jurulatih seni bela diri.

pamer aksi bertarung, ada peminat rela ditumbuk elizabeth tan

Aksi pelakon yang mesra dipanggil sebagai Lizzy itu telah menarik perhatian ramai peminatnya terutama lelaki untuk sama-sama beraksi dengannya.

 

Tampil lincah mempamerkan aksi mempertahankan diri, ada peminat lelaki yang sanggup menawarkan diri menjadi ‘punching bag’ serta rela ditumbuk Lizzy ketika sesi latihan terbabit.

pamer aksi bertarung, ada peminat rela ditumbuk elizabeth tan

Hantaran yang dimuatnaik Lizzy itu adalah antara sesi latihannya bagi watak sebagai Ejen Alice dalam filem Abang Long Fadil 3.

 

“Ejen Alice masuk balik training (latihan) selepas dua tahun,” tulis Lizzy.

 

 

Filem Abang Long Fadil 3 telah berjaya mengutip kutupan sebanyak RM20 juta selepas 16 hari ia ditayangkan di pawagam sejak 8 September lalu.

 

Sumber: Instagram