Penyanyi, Daiyan Trisha menitiskan air mata sebaik sahaja tiba di Masjidil Haram, Makkah dalam keadaan cuaca hujan.
Menerusi perkongsian di Tiktok, penyanyi itu menangis keterujaan dapat merasai pengalaman manis itu.
"Baru sampai, terus hujan," tulis kapsyen di perkongsian Daiyan secara ringkas.
Rata-rata netizen dan peminat Daiyan dilihat mendoakan beliau untuk terus istiqamah dalam memakai tudung sebaik sahaja pulang ke tanah air, nanti. Malah, ramai juga berkongsi rasa bangga apabila Daiyan mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk ke Tanah Suci.
Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi untuk menunaikan umrah khasnya dalam bulan Ramadan ini.
Sumber: Tiktok Daiyan Trisha