Sarat Hamil Tapi Lincah Menari, Peminat Bimbang Lihat Ayda Jebat [Video]

Penyanyi, Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan telah mencuri perhatian ramai ketika menjayakan persembahan di Bukit Jalil, baru-baru ini.

sarat hamil tapi lincah menari, peminat bimbang lihat ayda jebat [video]

Mana tidaknya, Ayda dilihat beraksi dengan cukup lincah menari menerusi lagu yang dibawanya seperti Temberang, Nakal Nakal Nakal dan juga Gangnam Style nyanyian asal PSY pada acara itu.

 

@xbbxpsychox Risau betul tengok dia menari 😂🤣@Ayda Jebat #absolutefest #absolutefestivalfoodbukitjalil @AbsolutFoodFest ♬ original sound - 0psitsLuqy

 

Peminat rata-ratanya meluahkan rasa risau dan bimbang dengan aksi penyanyi ini memandangkan dia kini sedang berbadan dua.

 

@poojapalatao @Ayda Jebat duh aduh aduh #fyp #tiktok #absolutfoodfest ♬ original sound - Pooja

 

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nur Suhada binti Jebat, 31, ini berkata, beliau masih berhati-hati dan tidak selincah seperti kebiasaannya.

sarat hamil tapi lincah menari, peminat bimbang lihat ayda jebat [video]

Menurut Ayda, beliau tidak tergamak untuk membahayakan nyawa diri serta kandungan, sambil berterima kasih dengan orang ramai yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya.

 

"Saya tak sangka begitu ramai yang ambil peduli dan risaukan keadaan diri saya. Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

"Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak," katanya.

 

Sumber: Tiktok / HMetro