Ada antara kita yang kini sedang menjalankan urus sewa premis seperti rumah mahupun lot kedai. Antara kemudahan asas yang perlu dijelaskan oleh penyewa adalah bil air, bil elektrik serta bil pembentungan.
Bagaimanapun ada penyewa yang mengambil mudah pembayaran bil-bil utiliti ini hingga menyebabkan nama pemilik premis terjejas dan ada yang disenaraihitam kerana mempunyai tunggakan.
Bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur dan menjaga kepentingan pemilik premis, kini anda boleh membuat Pertukaran Nama Akaun (Change of Tenancy) atau COT keatas bil elektrik kepada nama penyewa sepanjang tempoh penyewaan.
Menerusi COT, apabila berlaku pertukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, maka semua tanggungjawab penggunaan dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah penyewa.
Untuk memohon COT, pemilik premis boleh membuat pertukaran melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan. Maklumat dan dokumen sokongan perlu dibawa bagi pertukaran nama ini.
Sumber: [1]