Ekoran daripada kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pacuan empat roda di negara ini, wujud cadangan untuk mengadakan satu lesen memandu khas kepada pemandu kenderaan jenis ini.
Ini adalah kerana ketika ini mereka yang memiliki lesen Kelas D iaitu motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kiloram dibenarkan untuk memandu trak pikap.
.
Sedangkan ketika mengambil lesen D dahulu pemandu diuji dengan kenderaan yang lebih kecil seperti Kancil, Axia mahupu Myvi.
.
“Jika sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengambil lesen memandu Kelas D akan berlatih dengan menggunakan kereta jenis Perodua Kancil atau Axia.
“Bagaimanapun, selepas mendapat lesen, mereka pandu pacuan empat roda yang mempunyai fizikal yang jauh lebih besar, tinggi serta enjin yang lebih berkuasa,” kata Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi kepada Kosmo!.
Pendek kata, lesen kelas D yang digunakan pemandu pacuan empat roda ketika ini adalah tidak sesuai dengan cara pengendaliannya yang berbeza dengan kereta lain.
.
Malah, pacuan empat roda atau trak pikap adalah tidak sesuai untuk dipandu terlalu laju dan ia berfungsi untuk mengangkut barangan. Tambahnya lagi, titik graviti trak pikap adalah tinggi menyebabkan ia kurang stabil berbanding kenderaan yang lebih rendah dan dekat dengan permukaan jalan.
.
Cadangnya, pemandu trak pikap perlu memiliki lesen memandu khas seperti pemandu lori dan bas iaitu Lesen Memandu Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).
.
Pemandu juga perlu tahu cara untuk mengendalikan sesebuah trak pikap kerana jika berlaku kecemasan, mereka boleh mengawal kenderaan dengan selamat supaya ia tidak terbalik mahupu berpusing.
.
Menjengah ke ruangan komen di Facebook, rata-rata warganet mempunyai pendapat mereka tersendiri berhubung cadangan ini.
Apa pula kata anda?
Sumber: Careta