Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon cilik, Qistina Raisah sering menjadi sebutan ramai gara-gara penampilannya yang ‘tak kena usia.’
Mana tidaknya, pelakon berusia 14 tahun ini dikatakan ‘try hard’ untuk menjadi dewasa, sehingga menjadi topik hangat netizen selepas dia dikatakan bercinta dengan lelaki lebih usia daripadanya.
Bagaimanapun, Qistina tampil dengan satu kapsyen ringkas mengatakan dia tidak memerlukan perhatian ramai, dihargai atau dipuji, selain cukup sekadar menjadi dirinya sendiri sahaja.
“Saya tidak perlukan perhatian, penghargaan, atau pujian dari sesiapa untuk berasa bagus. Cukuplah diri saya sendiri sahaja,” tulis pelakon cilik ini pada satu hantaran di Instagram.
Hantaran itu bagaimanapun mendapat kritikan dan komen pedas daripada netizen sambil menasihatkan beliau agar tidak mencuba menjadi dewasa dikala umurnya masih kanak-kanak.
Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri ini mengatakan apa yang dilakukannya ini adalah menjadi dirinya sendiri sahaja. Beliau juga menafikan dakwaan ‘try hard’ untuk menjadi dewasa seperti dikatakan netizen.
Sumber: Instagram