Pasangan Rusia Ceroboh Panjat Puncak Menara Merdeka 118, KL

Baru-baru ini tular beberapa foto menunjukkan sepasang lelaki dan wanita berada pada puncak Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

pasangan rusia ceroboh panjat puncak menara merdeka 118, kl

Pasangan dipercayai warga Rusia itu telah disyaki menceroboh bangunan pencakar langit berkenaan tanpa kebenaran dan juga tanpa sebarang kit keselamatan.

pasangan rusia ceroboh panjat puncak menara merdeka 118, kl

Ekoran tindakan itu, pasangan berkenaan akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman.

 

Pasangan berkenaan yang juga terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit telah menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka berada di puncak Menara Merdeka 118 dimuatnaik di sebuah forum dalam talian.

pasangan rusia ceroboh panjat puncak menara merdeka 118, kl

Salah seorang daripada pasangan itu turut berkongsi gambar di Instagram sambil memberitahu mereka berjaya menawan menara kedua tertinggi di dunia selepas berjam-jam mendaki sambil mengelak dikesan CCTV serta pasukan keselamatan.

 

"Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.

"Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia," katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IVAN BEERKUS (@beerkus)

 

Sumber: Sinar Harian