Kini Trending Youtube, Panjang Betul Tajuk Lagu Baru Dolla & Naim Daniel

Kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel kini tampil dengan satu lagu baharu mereka bersama dengan Naim Daniel.

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

Lagu berjudul “Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat” telah dilancarkan pada 30 September lalu dan kini menjadi trending di Youtube.

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

Lagu ciptaan Naim Daniel sendiri bersama Adib Hamdi, mendapat kerjasama dengan kumpulan Dolla adalah bergenre balada dan ia bukan hanya mengisahkan kisah cinta semata-mata.

 

Mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri di mana kita mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang ditanggung, demikian ulas salah seorang ahi Dolla, Sabronzo.

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

Menurut Naim sendiri, beliau memilih Dolla kerana kumpulan itu memiliki banyak kelebihan yang masih belum diterokai. Misalnya dalam lagu ini, Dolla memaparkan sisi berbeza kerana membawakan lagu yang penuh dengan emosi.

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

Tambah lagi, muzik video “Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat” baru sahaja menang kategori Muzik Video Terbaik di AIM23 baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka dengan kolaborasi Dolla dan Naim Daniel selain turut memuji muzik video berkenaan.

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

kini trending youtube, panjang betul tajuk lagu baru dolla & naim daniel

Sumber: Youtube / Gempak