Pagi Bernikah, Petang Konvokesyen. Kegembiraan Berganda!

Seorang siswazah meraikan dua majlis yang cukup bermakna dalam hidupnya pada satu hari yang sama hujung minggu lalu.

pagi bernikah, petang konvokesyen. kegembiraan berganda!

Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi, 27, meraikan kegembiraan berganda kerana selamat bernikah dengan pasangannya pada sebelah pagi dan menghadiri majlis konvokesyen pada sebelah petang.

.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu, beliau dan pasangannya, Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, dijadual bernikah pada Mei depan, namun disebabkan jadual isterinya agak padat, tarikh itu dipercepatkan dan ditetapkan pada sebuah hotel pada jam 10.30 pagi.

pagi bernikah, petang konvokesyen. kegembiraan berganda!

"Saya hanya tahu mengenai konvokesyen ini bulan lepas, jadi mustahil untuk saya tunda atau percepat tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu," katanya kepada pemberita di UnisZA.

.

Beliau mengakui berasa sedih pada awalnya kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki.

pagi bernikah, petang konvokesyen. kegembiraan berganda!

Bagaimanapun pihak UniSZA telah membenarkannya untuk hadir pada majlis seelah petang selepas selesai majlis pernikahannya.

.

Meskipun kepenatan, beliau mengakui teruja dan seronok kerana diberi peluang untuk meraikan dua majlis penting pada hari yang sama bersama-sama isteri, keluarga dan rakan-rakannya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UniSZA (@uniszaedumy)

 

Sumber: [1]