Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan, Nurul Shuhada Nekad Saman Pemfitnah

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja memfitnahnya sengaja menggugurkan kandungan pada April lalu.

pintu hati shuhada dah tertutup buat hafidz roshdi, “saya dah sedia bercerai..”

Menurut Shuhada, beliau enggan lagi berkompromi dengan individu yang menyebarkan fitnah melampau terhadap dirinya.

 

“Jarang rasa nak buat tetapi ini sangat melampau.

“Saya memang akan ambil tindakan terhadap awak, tunggu surat saman saya sampai.

“Sementara itu, tunggu juga saman berganda daripada saya dan pasukan Berry Shape,” katanya.

 

Kesabaran Shuhada teruji selepas seorang individu mendakwa ibu kepada dua anak itu sengaja makan ubat untuk menggugurkan kandungannya.

 

“Buat kenyataan tidak boleh makan ubat hospital tetapi jus OEM? Macam sendiri nak gugurkan bayi pula.

“Namun, dia tetap dipuja sebab makin jelita dan kurus,” tulis individu terbabit.

dituduh sengaja gugurkan kandungan, nurul shuhada nekad saman pemfitnah

Terdahulu, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia 14 minggu.

 

Bagaimanapun, bekas suaminya Hafidz Roshdi membuat dua laporan polis kononnya Shuhada sengaja menggugurkan kandungan.

 

Sumber: Kosmo!