“Maaf, Kami Tak Akan Bercinta,” Hubungan Nuha, Naufal Macam Adik Beradik Je

Jika anda pernah mendengar lagu ‘berhantu’ berjudul Casablanca, pasti anda kenal dengan dua penyanyi muda berbakat ini.

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sering menjadi perhatian peminat apabila dilihat akrab hingga ada peminat yang menganggap mereka berdua adalah pasangan kekasih.

 

Bagaimanapun menurut Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, hubungannya dengan pasangan duet lagu Casablanca itu tidak lebih seperti adik-beradik sahaja meskipun ada peminat yang gembira melihat sekiranya mereka bersama sebagai kekasih.

“maaf, kami tak akan bercinta,” hubungan nuha, naufal macam adik beradik je

“Tidak. Kami macam adik-beradik sebenarnya. Tidak lebih daripada itu. Memang ada peminat yang mahu melihat kami bercinta, tapi saya minta maaf, kami tidak bercinta dan tidak akan bercinta,” kata Nuha, 23.

 

Sementara itu, Naufal pula berkata buat masa ini mereka berdua yang masih lagi berstatus single tidak mahu memberikan fokus kepada perkara lain seperti cinta, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian.

 

Ketika disoal sama ada Nuha mempunyai ciri-ciri wanita yang boleh Naufal jadikan kekasih, dan juga sebaliknya, kedua-dua mereka kelihatan terkedu dan tidak dapat menjawab soalan tersebut.

“maaf, kami tak akan bercinta,” hubungan nuha, naufal macam adik beradik je

“Susahlah nak jawab sebab kami sudah anggap seperti adik beradik. Bagaimapun, Naufal sebenarnya mempunyai ciri-ciri lelaki yang boleh saya jadikan kawan karib. Tapi tidak lebih daripada itu.

“Sejak mula kami berkolaborasi, memang kami tidak ada apa-apa perasaan selain daripada rakan kerja.

“Saya rasa keserasian kami hanya sebagai rakan kerja sahaja, tidak lebih daripada itu,” kata Nuha.

 

Dalam perkembangan lain, Nuha dan Naufal telah melancarkan single baharu bersempena meraikan Ramadan berjudul Iktiraf.

 

Sumber: Kosmo! Online