Eh! Selepas Jadi Pasangan Duet, Nuha Bahrin Dan Naufal Kahwin Pula?

Nama Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang menempa populariti menerusi lagu meletup “Casablanca” mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen selepas memuat naik foto mereka berpakaian mengenakan busana perkahwinan di Instagram peribadi masing-masing.

eh! selepas jadi pasangan duet, nuha bahrin dan naufal kahwin pula?

Rata-ratanya, ramai peminat termasuk pengikut dari Indonesia yang menginginkan kepastian berkenaan status pasangan tersebut. Namun, ada juga yang meninggalkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru di ruangan komen.

“Aku kira cuma pasangan nyanyi aja.. Pasangan hidup juga,” tulis seorang netizen Indonesia.

“Kalian sangat secocok,” kata netizen.

“Tolong jadi kenyataan. Sama padan,” komen netizen lain.

Dalam pada itu, terdapat pihak yang mendakwa foto tersebut merupakan gimik oleh pasangan tersebut bagi melancarkan single baru mereka.

 

Sumber: HMetro