Anak gadis kepada pelakon, Norman Hakim, iaitu Marissa Dania baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-18.
Dikesempatan itu, Norman turut tidak melupakan momen saat menyambut kelahiran anaknya dalam kereta, dengan bekas isteri Abby Abadi.
“18 tahun lepas…Allah pilih Mama utk lahirkan adik dalam kereta & pilih papa utk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yg takkan papa lupakan seumur hidup.
“Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu mcm baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah.
“Semua orang sayang adik, Papa, Mama, Mummy, Abah adik-beradik semua sayang adik. Adik anak solehah, bijak & sangat independent,” ujar Norman dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut mendoakan agar pintu hati anaknya ditutup pada mana-mana lelaki kecuali jika lelaki itu berniat tulus dan ikhlas mahu membimbingnya ke pintu Syurga.
“Hari2 papa tak pernah miss solat hajat doakan utk semua anak2 papa. Dan khusus utk adik, hari2 papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana2 lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus & ikhlas nak jadi imam buat adik & bimbing adik ke Jannatul Firdausi,” kata beliau.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin bersama Abby Abadi pada 2002 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim. Namun, pasangan ini bercerai pada 2009, dan kini masing-masing bahagia dengan pasangan mereka.
Sumber: Instagram