Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut Tentang Isu Anak Gadis Jadi ‘Orang Ketiga’

Selepas mendiamkan diri berhubung isu kontroversi melibatkan anak keduanya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 18, pelakon Norman Hakim akhirnya membuat kenyataan mengenainya.

anak makin dewasa, norman hakim doa “ditutupkan pintu hati atas mana-mana lelaki kecuali ..”

Menerusi hantaran di Instagram, Norman menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran buat mereka sekeluarga.

 

Katanya, beliau meluahkan rasa syukur apabila isu hangat berlanjutan sejak beberapa hari melibatkan anaknya dapat diselesaikan secara tertutup.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

Baca: Kecoh Anak Didakwa Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga, Ini Antara Reaksi Abby Abadi

 

"Terima kasih kepada mereka yang prihatin atas ujian buat keluarga saya, baru-baru ini.

"Insya-Allah, gerak hati dari-Nya untuk diselesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf berlaku,” tulis beliau.

 

Dalam pada itu, Norman turut berlapang dada menerima segala kritikan warganet berhubung isu Marissa Dania yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan sepasang suami dan isteri.

norman hakim akhirnya buka mulut tentang isu anak gadis jadi ‘orang ketiga’

"Mohon doakan yang baik-baik, 75,000 pengikut baharu yang hadir sejak dua tiga hari ini, saya anggap semua sebagai sahabat ukhuwah dan silaturahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.

"Saya gembira baca komen anda semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan serta khilaf kami," luahnya.

 

Norman turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan kontroversi itu dan memohon agar hubungan silaturahim antara mereka tidak terputus.

 

"Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka utk kembali ke jalan-Nya.

"Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya. Lillahita'ala saya sayang semua.

"Mohon jangan terputus silaturrahim kita," katanya lagi.

 

 

Terdahulu, kecoh di media sosial X apabila seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti menjadi punca keruntuhan perkahwinannya. Dalam pendedahan itu, wanita berkenaan turut menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis bernama Marissa Dania itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

Marissa Dania akhirnya tampil mengaku kesalahan diri namun menutup ruangan komen Instagramnya. Beliau dalam pada itu turut meminta agar ibu dan bapanya tidak dipersalahkan dalam hal ini.

 

Sumber: Instagram