Pelakon, Nora Danish telah menitipkan ucapan nasihat buat rakan artis, Bella Astillah yang telahpun memfailkan penceraiannya terhadap suami, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu, 13 Mac lalu.
Menerusi Insta Stories, Nora turut meminta agar Bella banyakkan berehat dan terus kuat menempuh ujian yang melanda.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. We are so proud of you adik, you are beautiful inside and out.
“Take it easy on yourself okay, have a good rest and stay strong my love. We got you,” tulis Nora yang turut berkongsikan temubual Bella bersama pihak media di mahkamah.
Terdahulu, Bella membuat pengakuan untuk nekad berpisah dengan suami dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.
Sumber: Instagram