Usia Makin Bertambah, Nora Danish Kini Hanya Mahu Diri Tenang, Keluarga Happy

Pelakon, Nora Danish, 42, berkata seiring dengan usianya yang semakin meningkat, beliau hanya mahu mencari ketenangan diri dan juga kegembiraan keluarga dan persekitaran, berbanding dari utamakan perhatian pihak luar.

usia makin bertambah, nora danish kini hanya mahu diri tenang, keluarga happy

Menurut beliau, adalah lebih baik untuk dirinya kini berdiam diri dan tidak terlalu lantang bersuara terhadap sesuatu perkara.

 

"Apabila memasuki fasa usia yang semakin meningkat sekarang, ia lebih mematangkan dan saya cukup berhati-hati terhadap setiap tindakan terutama ketika membuat hantaran di media sosial.

"Ditambah sekarang agak banyak isu semasa 'panas' yang timbul hingga membuat saya rasa lebih baik berdiam diri daripada memberi maklum balas atau cuba campur tangan," katanya.

 

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata lagi, dia enggan memandai-mandai terhadap isu yang dihadapi orang lain kerana khuatir ia berbalik kepada diri, anak dan keluarga sendiri.

usia makin bertambah, nora danish kini hanya mahu diri tenang, keluarga happy

Mempunyai 7.3 juta pengikut Instagram, Nora berkata beliau sedar dengan situasi yang akan berlaku andai dia membuat kesilapan mengenai sesuatu perkara yang disuarakannya.

 

"Bagi saya, netizen masa kini kalau kita buat silap sedikit mesti akan kena (kecam). Jadi, sekarang boleh dikatakan saya agak tenang sebab jika hendak muat naik sesuatu di media sosial akan fikir banyak kali.

"Sebabnya, saya dah berkeluarga dan ada anak. Oleh itu, saya lebih selesa fokus pada apa yang patut saja dan kalau tidak perlu, saya tak akan muat naik apa-apa pun di media sosial," katanya lagi.

 

Tambah Nora, beliau juga jarang memberi komen kepada hal semasa yang panas atau berbaur peribadi membabitkan orang lain kerana takut ia berbalik kepada dirinya sendiri.

usia makin bertambah, nora danish kini hanya mahu diri tenang, keluarga happy

"Kadang-kadang kalau lantang bercakap mengenai hal orang, bahaya juga kerana bila kena pada diri sendiri, baru kita tahu. Jadi, tak payah nak sibuk dan lebih baik diamkan diri dan bercakap bila perlu saja.

"Apa pun, cukup sekadar saya tahu wujudnya isu itu, lihat perkongsian yang dibuat di media sosial dan tidak perlu bersuara kerana ia pasti lebih menenangkan diri kita serta gembira," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro