Balu Allahyarham Abam Sanggup Bawa Anak Ke Gunung Jerai Berubat Sihir

Balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 32, sanggup ke Gunung Jerai, Kedah membawa anak tunggalnya, Hamzah, 3, untuk berubat selepas mereka dikatakan terkena sihir.

balu allahyarham abam sanggup bawa anak ke gunung jerai berubat sihir

Menurut Hidayah, beliau sanggup berbuat apa sahaja yang terbaik untuk anaknya itu.

 

"Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.

"Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.

"Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu 'post' gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu," tulisnya menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial.

balu allahyarham abam sanggup bawa anak ke gunung jerai berubat sihir

Hiayah turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan mereka sekeluarga, selain turut menyifatkan kunjungannya ke kawasan Gunung Jerai itu sebagai amat menenangkan.

balu allahyarham abam sanggup bawa anak ke gunung jerai berubat sihir

Mereka turut melawat beberapa tempat bersejarah, melawat ke padang Tok Sheikh dan berpeluang solat di Telaga Tok Sheikh.

 

"Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang.

"Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini," tulisnya.

 

 

Terdahulu, Hidayah telah memohon bantuan orang ramai yang mungkin tahu mana-mana pakar perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam. Ujar Hidayah, beliau dan anaknya, Hamzah mengalami gangguan sihir sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.

 

Sumber: Instagram Hidayah