Noor Nabila Dedah Rahsia Langsing Usia 40, Nak Makan Kena Ada Penimbang [Video]

Kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mendedahkan rahsia kekal langsing pada usia mencecah 40 tahun, iaitu dengan menimbang makanan menggunakan penimbang elektronik sebelum memakannya.

rahsia langsing usia 40, noor nabila timbang makanan sebelum makan [video]

Perkara itu didedahkan pempengaruh, Rosix Omar yang berkata Nabila akan menyukat berat berupa lauk ikan yang berfungsi sebagai protein.

 

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.

 

@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar ♬ original sound - Rosixomar

 

Dalam video berkenaan, kelihatan Nabila sedang menimbang lauk di atas penimbang elektronik yang dikatakan hanya perlu setakat 100-gram sahaja.

rahsia langsing usia 40, noor nabila timbang makanan sebelum makan [video]

Menurut Rosix lagi, rakannya itu gemar mengajaknya menikmati hidangan enak tetapi dia sendiri hanya makan sedikit sebagai alas perut.

 

“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” katanya lagi.

rahsia langsing usia 40, noor nabila timbang makanan sebelum makan [video]

Selain ikan, Nabila turut mengambil sedikit sambal, sayur-sayuran dan juga separuh genggam nasi putih.

 

Perkongsian itu nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya kagum melihat semangat yang ditunjukkan Nabila dalam usaha menjaga badan.

 

Sumber: Tiktok