Minggu lalu kecoh di media sosial mengenai masalah rumah tangga Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, bersama isterinya, Noor Nabila, 39, yang dikatakan kini dalam proses penceraian.
Malah sumber menyatakan pasangan itu juga sudah tidak tinggal sebumbung dan hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu.
Ia dikuatkan lagi dengan pemerhatian di media sosial milik kakak kepada selebriti, Neelofa itu yang dikatakan sudah memadam foto serta video suaminya di Instagram termasuklah gambar ketika majlis perkawinan mereka.
Nabila yang kini sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya turut tidak disertai Engku Emran. Malah, suaminya itu juga tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden sedang mahu berangkat pergi.
Malah, Engku Emran yang sebelum ini masih menggunakan gambar profilnya bersama isteri, kini dilihat hilang dari media sosial Instagram.
Kontroversi perpisahan pasangan ini bagaimanapun masih belum mendapat sebarang komen atau reaksi serta pengesahan daripada kedua-dua pihak.
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pula pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sumber: Instagram