Nonny Nadirah Dedah Dirinya Jadi Mangsa Sihir, “Dah Tak Mampu Nangis..”

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa sihir sejak tiga tahun lalu.

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

Menurut pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 34, sihir itu menyebabkan dirinya mula berhalunisasi dan merubah wajahnya hingga menjadi senget.

 

“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini. Tiga tahun ya sehingga tidak mampu nak menangis.

“Saya perlu bangkit sendiri dan sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua,” kongsinya dalam InstaStory.

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

Bekas bintang Akademi Fantasia itu turut berkata beliau akan terus melawan dan tetap memaafkan individu yang menganiaya dirinya.

 

“Mari kita lawan sampai mati. Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.

“Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali,” katanya lagi.

“Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?” ujarnya.

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

Dalam perkongsian lain, Nonny turut mengucapkan selamat tahun baru dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.

 

“Selamat tahun baharu 2024. Semoga segala urusan kita dipermudah dan rezeki diperluas selain bahagia di dunia serta akhirat.

“Rezeki, jodoh dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Tugas aku ialah berserah.

“Kepada yang mendoakan kebaikan, Alhamdulillah manakala semoga mereka yang berharapkan keburukan atau memperluaskan kejahatan kembali ke pangkal jalan,” kongsinya.

nonny nadirah dedah dirinya jadi mangsa sihir, “dah tak mampu nangis..”

Sumber: Instagram