Guna Plat ‘Fancy’? Awas, Denda dan Penjara Menanti!

Awas kepada mana-mana individu atau pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran bukan standard atau ‘fancy’, kerana anda boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara atau kedua-duanya sekali.

guna plat ‘fancy’? awas, denda dan penjara menanti!

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya yang berkata tindakan diambil di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

.

Katanya lagi, kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM250 atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

.

Mana-mana individu yang didapati bersalah akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) dengan diberikan masa 10 hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran yang mengikuti spesifikasi.

.

Menurut laman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), spesifikasi nombor plat pendaftaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

.

Spesifikasi No Plat Kenderaan

Tiga bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

guna plat ‘fancy’? awas, denda dan penjara menanti!

Sumber: [1], [2]