Mula Buang Rantai dan Gelang, Noki K-Clique Mahu Baiki Diri Sebelum Jadi Suami

Penyanyi, Noki K-Clique akui dirinya sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan, memandangkan rakan terdekatnya seperti MK sudahpun mendirikan rumah tangga.

mula buang rantai dan gelang, noki k-clique mahu baiki diri sebelum jadi suami

Pemilik nama sebenar Amad Ikhawan Aji berkata, beliau bukannya tidak memikirkan soal perkahwinan, malah turut berasa cemburu melihat rakan terdekat sudah berkeluarga, membuatkannya tidak sabar untuk bergelar suami menjelang tahun hadapan.

 

Noki yang kini berusia 29 tahun berkata beliau sedang mengenali hati budi seorang wanita, yang juga seorang penggiat seni.

 

“Saya memang ada sasaran nak kahwin pada usia 25 tahun. Bila tengok kebanyakan kawan rapat termasuk anggota K-Clique berkeluarga, saya pun teringin nikmati bahagia macam mereka.

“Tapi sasaran dah terlepas, jadi saya tukar rancangan itu sebelum umur 35 tahun. Cuma, buat masa ini antara saya dan si dia baru saja berkenalan.

“Kalau nak kata ke fasa lebih serius itu memang ada kerana saya rancang berkahwin tahun depan, namun itu sekadar perancangan. Doakan kami,” katanya.

mula buang rantai dan gelang, noki k-clique mahu baiki diri sebelum jadi suami

Dalam pada itu, Noki berkata sebelum mendirikan rumah tangga, beliau mahu memperbaiki dirinya terlebih dahulu sambil menegaskan manusia biasa tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan turut meminta orang ramai tidak menghakiminya.

 

“Bila ada niat mahu berkahwin, saya fikir diri saya juga kena diperbetulkan dari segenap aspek sebab nanti mahu jadi suami dan bapa yang terbaik untuk keluarga kecil saya.

“Sebelum ini saya ada terfikir, apa yang saya minta, semua Allah makbulkan, tetapi kenapa saya tidak boleh amalkan apa yang Allah suruh.

“Jadi hari demi hari saya berusaha untuk jadi individu lebih baik, alhamdulillah saya sudah dapat jaga solat dan cuba sedikit demi sedikit ubah penampilan termasuk buang rantai dan gelang,” ujarnya lagi.

 

Sumber: HIB Glam