Noh Hujan Bakal Tamat Zaman Duda Bersama Pilihan Hati September Ini

Vokalis kumpulan Hujan, Noh, 38, dilapor bakal menamatkan zaman duda dengan pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa, pada 23 September depan.

noh hujan bakal tamat zaman duda bersama pilihan hati september ini

Menurut laporan, majlis pernikahan itu bakal berlangsung pada sebelah pagi sebelum majlis resepsi diadakan pada jam 8 malam, hari yang sama.

 

Perkara itu didedahkan menerusi kad undangan digital yang mula diedarkan kepada kenalan, dengan memilih sebuah dewan acara di Puchong untuk majlis resepsi itu.

 

Difahamkan bakal isteri Noh itu berusia 30 tahun, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam.

noh hujan bakal tamat zaman duda bersama pilihan hati september ini

Kedua-dua pasangan ini juga telah melangsungkan majlis pertunangan pada 7 Mei lalu di kediaman Fatin di Putra Heights, Subang Jaya.

 

Terdahulu, Noh yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun pasangan itu berpisah pada awal Ogos 2022.

 

Dalam pada itu, Mizz Nina kini sudahpun menjadi isteri jejaka pilihannya, Essam Muhammad.

 

Baca: Mizz Nina Kini Isteri Essam Muhammad, Rakan Artis dan Warganet Ucap Tahniah

 

Sumber: BH