Nikmati Persembahan dan Aktiviti Menarik di 'Karnival SYOK Weh!'

Semua rakyat Malaysia boleh hadir ke ‘Karnival SYOK Weh!’ untuk menikmati persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi tanah air dan mengambil bahagian dalam aktiviti menghiburkan serta berpeluang menang pelbagai hadiah pada 24-25 September 2022, dari 10 pagi hingga 12 tengah malam, di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.

 

Di ‘Karnival SYOK Weh!’, semua boleh menantikan pelbagai aktiviti seperti:

SYOK Hiburan: Nikmati persembahan daripada artis tempatan popular termasuk Haqiem Rusli, Aiman Tino, Fieya Julia, Zarul Umbrella, Andy Flop Poppy, Farahdhiya, Aziz Harun, Harith Zazman dan kumpulan Salam Muzik. Rakyat Malaysia juga boleh bertemu mesra bersama karakter disukai ramai, Pinkfong, Baby Shark dan Didi & Friends. Persembahan ini juga boleh distrim di SYOK Live melalui aplikasi SYOK.

nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'karnival syok weh!'

SYOK Makan: Menawarkan pengunjung pelbagai jenis makanan dan minuman lazat untuk dinikmati semua. Pengunjung juga boleh menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.

nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'karnival syok weh!'

SYOK Fun: Zon seisi keluarga dengan permainan interaktif dan pengunjung berpeluang bawa pulang hadiah menarik.

nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'karnival syok weh!'

SYOK Sales: Pusat untuk membeli barangan keperluan harian termasuk produk makanan, produk kesihatan, barangan rumah dan menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.

nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'karnival syok weh!'

SYOK Experience: Di mana pengunjung boleh menikmati demo menarik tentang aplikasi SYOK yang merangkumi kiosk podcast, radio dan penstriman video secara langsung.

nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'karnival syok weh!'

‘Karnival SYOK Weh!’ ditaja oleh Lalamove dan IJM Rimbayu.

 

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi percuma SYOK hari ini melalui Apple Store, Google Play atau Huawei AppGallery.