Ameera Khan dan Ibu Berdoa di Mekah, Netizen Tegur Jangan Berbual Masa Azan

Pempengaruh, Ameera Khan, baru-baru ini dilihat telah meninggalkan komen doa pada satu hantaran di Instagram ibunya, Datin Noor Kartini.

ameera khan dan ibu berdoa di mekah, netizen tegur jangan berbual masa azan

Video yang dirakam di Masjid Nabawi, Mekah itu menunjukkan Ameera dan ibunya, serta seorang lagi kenalan menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.

 

“Doakan yang baik-baik, semoga yang baik-baik juga kita dapat .. Amiin,” demikian menurut Datin Noor Kartini pada ruang kapsyen.

 

 

Menerusi hantaran tersebut, Ameera memohon doa agar diberikan jodoh yang beriman, hati yang putih, bersih dan baik serta bercahaya.

ameera khan dan ibu berdoa di mekah, netizen tegur jangan berbual masa azan

Namun, segelintir warganet dilihat membuat teguran kepada mereka kerana berbual ketika azan sedang berkumandang.

ameera khan dan ibu berdoa di mekah, netizen tegur jangan berbual masa azan

Menurut seorang netizen, seseorang itu perlu diam sebentar sementara azan berkumandang sebagai tanda hormat.

 

Sumber: Instagram