“Tudung Terbang Ke Main Badminton?,” - Netizen Persoal Penampilan Nelydia Senrose

Pelakon, Nelydia Senrose sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilihat terang-terangan menunjukkan dirinya yang sudah tidak lagi bertudung.

“tudung terbang ke main badminton?,” - netizen persoal penampilan nelydia senrose

Menerusi video Tiktok yang dikongsi sepupunya, Aprena Manrose, mereka dilihat baru sahaja selesai bermain badminton.

“tudung terbang ke main badminton?,” - netizen persoal penampilan nelydia senrose

Dalam video berkenaan, pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat membiarkan rambutnya terdedah, selain mengenakan pakaian sukan berwarna hitam.

 

@aprenamanrose_official Termenang pule semalam. Hikhikkkk 🏆🥇🏅#badmintonlovers #penyeridicourt #aderghhhhh ♬ original sound - NONOY - NONOY🔱

 

Rata-rata netizen terkejut melihat penampilan aktres berusia 29 tahun itu, selepas menyangka beliau sudah bertudung sepenuhnya.

 

“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” tanya netizen.

“Eh! Tudung Nelydia terbang semasa bermain badminton,” ujar pengikut lagi.

 

Terdahulu, Nelydia mengejutkan pengikutnya apabila dilihat menukar gambar profil Instagram daripada bertudung kepada gambar yang mendedahkan rambutnya.

 

Difahamkan, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu mula memakai tudung sejak dari 2022 lagi.

 

Sumber: Tiktok / Instagram