Semalam, Puteri Sarah Liyana telah dibenarkan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, serta kakak Ira iaitu Yasmin Kazar dan bapanya, Kazaruddin Saisi.
Kontroversi rumah tangga pelakon ini bersama suaminya yang juga seorang pengarah sensasi, Syamsul Yusof, mula mendapat perhatian ramai selepas Syamsul mengakui sudahpun bernikah dengan Ira dengan restu bapa Ira di Thailand. Pernikahan itu bagaimanapun tidak direstui oleh Puteri Sarah dan bertindak menuntut penceraian.
Terbaharu, ada warganet yang mempersoalkan dimanakah Syamsul Yusof sebagai suami ketika isteri-isterinya itu sedang ‘berperang’ di mahkamah. Namun jawapan balas oleh Puteri Sarah amat pedas dan mempunyai maksud tersirat.
Terdahulu, Puteri Sarah telah dibenar untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madu serta keluarganya yang didakwa menghina mahkamah susulan melanggar perintah injuksi.
Sumber: Instagram Puteri Sarah