Penyanyi, Masya Masyitah terus menjadi bualan ramai apabila dia akhirnya tampil dengan imej tidak lagi bertudung di khalayak ramai.
Pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 23, berkongsi beberapa foto dengan gaya rambut berwarna merah jambu, saling tidak tumpah bagaikan patung Barbie.
“Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran anda harus lebih kuat daripada perasaan anda),” tulisnya menerusi kapsyen pada foto di Instagram.
Malah, Masya turut dilihat menukar gambar pada profil Instagramnya dan tidak memberikan sebarang komen mengenai penampilan terbaharunya itu.
Hantaran itu nyata mengejutkan ramai hingga mengundang ribuan komen daripada warganet.
Sebelum ini, Masya pernah dikritik teruk gara-gara penampilannya yang dikatakan agak seksi, termasuklah menggayakan baju sekolah dengan stokin ala-ala pelajar wanita Jepun.
Sumber: Instagram Masya Masyitah