“Semua Yang Berlaku Bersebab” - Penampilan Awal Mizz Nina Selepas Umum Cerai Runtun Hati Netizen

Penampilan terbaru Mizz Nina, 42, dalam satu majlis ilmu baru-baru ini mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu menangis mengenangkan aturan tuhan untuknya.

“semua yang berlaku bersebab” - penampilan awal mizznina selepas umum cerai runtun hati netizen

Menerusi satu hantaran tular oleh akaun TikTok @ejust4u, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman dilihat gagal menahan sebaknya apabila bercakap tentang aturan Allah SWT terhadap setiap hambanya serta perubahan hidup wanita yang berdepan dengan kehilangan pasangan.

“Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Tiada apa yang berlaku tanpa sebab,” katanya.

Dengan nada suara yang kedengaran tersekat-sekat serta linangan air mata, seorang wanita berjubah hitam yang dipercayai moderator program tersebut kemudian menghulurkan tisu kepadanya.

Difahamkan, video itu diambil pada 21 Ogos lalu iaitu ketika Mizz Nina dijemput menjadi tetamu bagi persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute.

Rata-ratanya, ramai netizen tersentuh melihat momen tersebut serta mengatakan ia merupakan pertama kali mereka melihat bekas isteri Noh Salleh itu menitiskan air mata.

Awal Ogos ini, Nina dan Noh Salleh mengumumkan perpisahan mereka. Bekas pasangan itu mengambil keputusan bercerai selepas 11 tahun bergelar pasangan suami isteri dan membina rumah tangga bersama.

 

Sumber: Kosmo