Netizen Pakat Pujuk Suruh Raf Yaakob Rujuk Semula Dengan Mawar Rashid

Adik kepada chef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob baru-baru ini ada memuatnaik foto yang memaparkan dirinya sambil termenung melihat sesuatu.

netizen pakat pujuk suruh raf yaakob rujuk semula dengan mawar rashid

Foto berkenaan dilihat warganet seakan-akan menggambarkan kesunyian dan kesedihan yang dirasai Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, selepas berpisah dengan pelakon, Mawar Rashid.

netizen pakat pujuk suruh raf yaakob rujuk semula dengan mawar rashid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberi nasihat dan semangat untuk beliau, sambil ada yang mencadangkan agar pasangan itu kembali bersatu semula sebagai suami dan isteri.

netizen pakat pujuk suruh raf yaakob rujuk semula dengan mawar rashid

Malah, ada juga yang menyuruf Raf untuk move on dan segera mencari pengganti baharu supaya dia kembali gembira dan ceria. Bagaimanapun Raf berkata, dia belum bersedia untuk mencari pengganti Mawar, malah tidak pernah terfikir untuk kearah itu buat masa ini.

netizen pakat pujuk suruh raf yaakob rujuk semula dengan mawar rashid

Sekadar info, Raf dan Mawar pernah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

 

Bagaimanapun, mereka mengumumkan perpisahan menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada 23 November lalu, atas dasar tiada lagi persefahaman antara mereka dalam berumahtangga.

teka-teki hubungan mawar rashid dan suami terjawab, “kami setuju berpisah..”

Sumber: Instagram