Kekasih Sharnaaz Jumpa Noor Nabila, Jebat Jayden Terpaling Gembira

Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila mengucapkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada Amelia Christie yang berkunjung ke kediamannya, kelmarin.

 

Menerusi perkongsian video, Nabila mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu yang juga kekasih kepada Sharnaaz Ahmad, sehingga membuatkan anaknya, Jebat Jayden bergembira dengannya.

 

“Terima kasih Amelia untuk hari ini (kelmarin). Jayden manusia terpaling gembira,” demikian menurut Nabila.

kekasih sharnaaz jumpa noor nabila, jebat jayden terpaling gembira

Video menunjukkan Amelia menghabiskan masa dengan bermain bersama Jebat dan menyiapkan juadah buat mereka bersama. Amelia juga dilihat tidak kekok melayan Jayden bermain badminton, seperti yang dapat dilihat menerusi video tersebut.

Hubungan baik yang terjalin antara mereka telah mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya memuji dan menyifatkan Nabila adalah seorang yang profesional dan juga matang.

kekasih sharnaaz jumpa noor nabila, jebat jayden terpaling gembira

“Nabila sangat bagus, dulu dengan anak Engku Emran pun dia baik. Sekarang kekasih bekas suami pun layan dengan baik.

“Sepertinya Amelia sudah dapat lampu hijau.

“Untung Jayden ada ibu dan bakal mak yang pandai masak. Seronok tengok Jayden gembira,” komen netizen.

 

 

Untuk info, hubungan cinta antara Amelia dan Sharnaaz mula dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

 

Sumber: Instagram