Baru-baru ini, pelakon, Hafidz Roshdi, 29, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Athira Yuhada.
Pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi ini mengakui bahawa Athira adalah cinta pertamanya dan sudah mula berkenalan dengannya sejak dari usia 15 tahun.
“Dia cinta pertama saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini,” katanya selepas sah bergelar suami kepada Athira pada Jumaat, 15 Disember.
Dalam memuji seri pengantinnya, ada juga netizen yang mempersoalkan keadaan mental pelakon itu seperti yang pernah dilapor media sebelum ini.
"Selamat pengantin baharu si mental. Sakit mental cukup syarat nikah tak? Bukan kalau ada sakit mental tak boleh kahwinkah? Bukan nak kahwin kena berakalkah?
"Lain eh muka dia. Seri pengantin lain macam. Mata dah tak terkebil-kebil. Tempoh hari dekat mahkamah muka bingung saja. Ini elok pula senyum," itu antara komen netizen di aplikasi X.
Sebelum ini, Hafidz pernah memaklumkan dirinya berdepan dengan masalah mental sejak tiga tahun lalu dan mendapatkan rawatan berkala di Hospital Shah Alam.
Terdahulu, Hafidz pernah mendirikan rumahtangga bersama usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. Bagaimanapun, mereka disahkan berpisah pada 27 Julai 2023 selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas dari media.
Sumber: Kosmo! / HMetro