“Kami Nak Free Palestin, Bukan Free Hair,” Netizen Pakat Serbu Komen IG Mawar Rashid

Pelakon, Mawar Rashid sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila bertindak memuatnaik video tidak bertudung dengan penampilan gaya rambut baharunya selepas tiga minggu memadam gambar tidak berhijab.

“kami nak free palestin, bukan free hair,” netizen pakat serbu komen ig mawar rashid

Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, ini dilihat berkongsi video mempromosikan alat solek keluarannya sendiri.

 

Mawar dilihat mengenakan baju hitam sambil melakukan demo memakai lipstik pada bibir keluaran jenama Mawarose.

“kami nak free palestin, bukan free hair,” netizen pakat serbu komen ig mawar rashid

Warganet dilihat memenuhi ruangan komen pada hantaran di Instagram itu dengan rata-ratanya mendoakan agar pelakon ini dapat kembali menutup auratnya seperti sebelum ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

 

Bagaimanapun ruangan komen itu telah ditutup selepas beliau mendapat kecaman hebat dari warganet.

“kami nak free palestin, bukan free hair,” netizen pakat serbu komen ig mawar rashid

Terdahulu, Mawar dilihat memuatnaik dua keping foto yang memperlihatkan dia tidak lagi berhijab selepas mengenakan tudung sepenuhnya pada 17 Ogos 2020. Malah, beliau turut meminta agar diberi ruang dan akan kembali aktif apabila sudah bersedia kelak.

 

Sumber: Instagram