Jelas Nampak Sedih, Netizen Pakat Beri Sokongan Pada Amelia Christie [Video]

Baru-baru ini, kecoh apabila Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah mengiyakan percintaannya bersama pelakon, Amelia Christie.

jelas nampak sedih, netizen pakat beri sokongan pada amelia christie [video]

Malah, aktres itu juga dikatakan redha dengan kenyataan yang dibuat Sharnaaz dan tidak mahu membesarkan hal yang padanya kecil.

 

“Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja.

“Terus terang, saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak,” kata Amelia.

 

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Amelia Christie Lim, 23, dilihat berkongsikan sepotong video pendek di Tiktok, seolah-olah menggambarkan perasaannya yang penuh dengan kesedihan.

jelas nampak sedih, netizen pakat beri sokongan pada amelia christie [video]

“Diterbang biar, dikurung jangan,” demikian menurut kapsyen ringkas pada video beliau.

 

@amelialim__

Diterbang biar, dikurung jangan 🕊️

♬ Untuk Mencintaimu - Bear Disini 🎶

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan warganet memberikan kata-kata semangat kepada beliau sambil menasihatkannya agar ‘move on’ dan melupakan kisah silam itu.

 

Sumber: Tiktok @amelialim__