Ramai Netizen Luah Rasa Bengang Dengan Alya Iman

Pelakon, Alya Iman sebelum ini mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan tidak lagi bertudung pada April tahun lalu.

ramai netizen luah rasa bengang dengan alya iman

Selepas kontroversi itu, pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 23, sekali lagi menjadi sebutan ramai gara-gara lakonannya dalam drama Layang-Layang Perkahwinan memberi impak kepada penonton.

ramai netizen luah rasa bengang dengan alya iman

Memegang watak bernama Tsuraya, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang dengan watak lakonan Alya Iman itu kerana berjaya menghidupkan watak sebagai penyondol dengan cemerlang.

ramai netizen luah rasa bengang dengan alya iman

Meskipun dibenci, pelakon cantik ini meraih pujian ramai kerana dikatakan semakin hari semakin cantik.

 

Sinopsis Drama Layang-Layang Perkahwinan

ramai netizen luah rasa bengang dengan alya iman

Cerita ini mengisahkan tentang Saida (lakonan Ezzanie Jasny), seorang isteri yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya suaminya, Azim (lakonan Shukri Yahya). Walaupun sibuk dengan pekerjaannya, Saida tetap memastikan semua perkara berkaitan keluarga berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

Akhirnya, Azim berjaya naik pangkat berkat usaha gigih isterinya, Saida. Namun, naluri Saida mulai merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Saida mula rasa Azim banyak berubah, dia menyedari Azim sering pulang lambat dengan alasan sibuk, namun ternyata Azim curang. Saida berusaha mencari bukti kecurangan Azim dan menduga bahawa Maryam (lakonan Aishah Ilias) terlibat dalam hubungan sulit dengan suaminya.

 

Keadaan menjadi lebih menarik apabila Ammar (lakonan Keith Foo) muncul semula dalam hidup Saida.

Saksikan drama Layang-Layang Perkahwinan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di Astro Ria.

 

Sumber: Instagram